Ternak ikan keli : Cara mudah menternak ikan keli cara semula jadi


cara ternak ikan keli
Trend masa kini sektor penternakan di Malaysia sedikit demi sedikit telah berubah ke arah penternakan semula jadi atau lebih dikenali penternakan secara organik tanpa menggunakan sebarang bahan kimia.
Termasuklah penternakan ikan keli di Malaysia.Selain dari rasanya yang lebih enak, ikan keli organik ini lebih berkhasiat dan kos ternak ikan keli yang jauh lebih murah.

pada hari ini saya ingin berkongsi kepada anda cara penternakan ikan keli secara semulajadi sama ada dalam  kolam bersimen ataupun dalam kanvas.Sebelum bermula mari kita sama-sama melihat apakah bahan-bahan yang perlu disediakan untuk ternak ikan keli secara organik.

  • Air
  • Kolam simen/kolam kanvas
  • Pasir sungai
  • Kompos organik
  • pokok keladi bunting atau pokok teratai bunga
  • Benih ikan keli

Setelah anda berjaya menyediakan kesemua kelengkapan untuk menternak ikan keli organik ini kita lihat pula cara penyediaannya pula:

Pertama anda perlu letakkan pasir sungai ke dalam kolam sebanyak kurang lebih 3 cm ke 6 cm ketinggiannya.Kemudian masukkan kompos organik di atas pasir sungai dalam anggaran pengiraan kurang lebih 500 ekor anak ikan keli = 1kg kompos.Selepas itu masukkan air ke dalam kolam takungan sehingga kurang lebih 2 kaki ketinggian.Selesai memasukkan air letakkan pula pokok keladi bunting atau pokok teratai bunga di permukaan air menutupi ruang kolam ikan keli anda.

Jangan masukkan anak ikan keli dahulu.Biarkan selama 5 hari untuk pembiakan plankton pada akar-akar pokok keladi bunting atau teratai bunga.Selepas 5 hari baru masukkan anak ikan keli ke dalam kolam.
Ikan keli organik tidak perlu diberi makanan lain sehingga tempoh matang (4 bulan).Saiz benih ikan keli yang baik dengan persekitaran pembiakan adalah antara 2-3 inci.Air takungan tidak perlu dibersihkan, hanya perlu ditambah jika berkurangan.

Dah dapat gambaran bagaimana nak ternak ikan keli secara semula jadi?Apa lagi jom kita buat sekarang sebagai projek ikan keli pertama anda :)

credit: www.lamanagro.blogspot.com

5 comments:

  1. Terima kasih, pengetahuan yang berguna..

    ReplyDelete
  2. klu yg x organik cmne klu bleh kongsi

    ReplyDelete
  3. itu baru super Extra Ilmu..
    Tq

    ReplyDelete
  4. Kepada penternak ikan keli, yang baru berjinak2 atau yang sedia ada, saya wakil jualan dari ROTOCRAFT Technologies (M) Sdn Bhd, ada menyediakan / menjual satu produk yang menggunakan Sistem Ternakan Ikan dalam Tangki PE (Polyathelene) berjenama iCage.
    Tangki iCage ini direka dan dikilangkan mengikut piawaian dan berkualiti tinggi utk memastikan air yang dirawat sentiasa bersih dan sesuai untuk ternakan ikan.
    Pakej yang ditawarkan : 1) SMART 3 MODULE 2) SMART 6 MODULE 3) FLEXI MODULE
    Harga Pakej : RM 9,000.00 Hingga RM 25,000.00.
    untuk keterangan lanjut boleh email ke afnirotocraft@gmail.com. sila tinggalkan no tel untuk dihubungi atau apa-apa soalan berkaitan. Atau layari www.rotocraft.com.my

    ReplyDelete